Isnin, 6 Julai 2015

buat via ke Philippine-----trip ke Filipina.bahagian 2


Untuk entri kali ni aku nak berkongsi lah sikit macammana cara nya nak buat visa untuk sape yang nak pergi ke Filipina. Nak buat visa perlulah ade passport ye.rujuk sinitrip to The Philippines.Part1

 Perkongsian aku ni berdasarkan pengalaman aku jugak lah. Korang Cuma perlukan visa ni kalau korang stay kat Filipina tu melebihi 30 hari. Kalau pergi untuk tempoh tidak melebihi  30 hari tak  perlulah visa ye~.

Cuma nanti korang akan diberi visa on arrival. Setahu aku akan diberi bila dah sampai di airport Filipina.

Visa untuk ke Filipina kena buat di Kedutaan Filipina yang terletak di ibu Negara Kuala Lumpur. Dari Kl Sentral  korang boleh lah naik LRT terus ke KLCC. 
Dah sampai ke KLCC korang keluar lah dari bangunan KLCC tu. 
Kalau google kedutaan Filipina tu memang dekat sangat dengan KLCC.
keluar je dari KLCC korang Tanya lah guard kat situ kat mana arah jalan Kia Peng. T
tak silap aku, keluar dari pintu KLCC tu korang jalan terus belah kiri okay..jalan je terus sampai jumpa Kia Peng  Residence belah kanan. Nanti belah kanan akan  ada papan tanda tulis Embassy of The Philippine. Kecik je papan tanda tu jadi kena alert lah. Sebab kedutaan tu macam kat lorong kecik,macam tersorok sikit.

Dah sampai kat kedutaan pergi lah kaunter cakap nak buat visa. Dokumen penting yang korang kene ade macam:
i)                    Passport
ii)                   Surat jemputan dari Filipina (invitation letter)
iii)                 Tiket penerbangan pergi dan balik
iv)                 Gambar passport
v)                  Salinan IC
vi)                 Dan juga duit (RM211.75)

Nanti kene isi borang lepas tu hantar kat kaunter, tunggu untuk bayar.dia akan bagi resit dan bagi tahu bila kene ambil visa tu. Aku punya visa siap dalam masa tiga hari bekerja saja.

Okay.kalau ader soklan tanyer jer la koi ~~


またね

Tiada ulasan:

Catat Ulasan