Rabu, 22 Julai 2015

patah hati tu sakit

buat yang sedang sedih,

ingatlah yang hidup ini satu perjalanan.kehilangan yang menyakitkan tak bermakna ia
suatu pengakhiran.mungkin ia satu cerita yang akhirnya kan manis jua.tetaplah berdoa kepadaNya.ceritakan sakit kau,sedihnya kau pada Dia,kerana hanya Dia sebaik-baik penolong.Dia yang memegang hati setiap hambaNya.seorang sahabat pernah berkata,Allah takdirkan semua ni terjadi sebab dia tahu apa yang terbaik untuk kita.

"He end your relationship with someone because He know something would hurt you more through the relationship"

jadi bersangka baik lah terhadap Dia.kerana Dia tak akan menduga hambanya dengan sesuatu yang kita tak mampu.Allah itu maha lembut terhadap hambanya.ya,terkadang kita rasa hidup ini terlalu sukar untuk kita
hadap.sebab Dia tak janji hidup ini akan senang.tapi Dia janji Dia akan sentiasa ada.Allah itu dekat,cuma kita yang sentiasa melupakan Dia.Allah...

setiap dugaan itu turun kerana Dia sayang pada kita,bila ujian datang kita akan sentiasa ingat padaNya,sebut namaNya.Allah tak akan biarkan kita terus lalai dan leka.Biarlah kita dibuang manusia sayang,asalkan kita masih punya Allah.


aku mengerti perasaan kamu kerana aku juga sedang bersedih seperti kamu,
ditinggalkan manusia yang tidak kenal erti setia,
luka di hati itu lebih sakit dari luka luaran,
tapi aku percaya pada penciptaku,
yang dia akan mengantikan sesuatu yang lebih baik dari apa yang aku hilang,
kerana Dia sebaik-baik penentu :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan