Rabu, 22 Julai 2015

patah hati tu sakit

buat yang sedang sedih,

ingatlah yang hidup ini satu perjalanan.kehilangan yang menyakitkan tak bermakna ia
suatu pengakhiran.mungkin ia satu cerita yang akhirnya kan manis jua.tetaplah berdoa kepadaNya.ceritakan sakit kau,sedihnya kau pada Dia,kerana hanya Dia sebaik-baik penolong.Dia yang memegang hati setiap hambaNya.seorang sahabat pernah berkata,Allah takdirkan semua ni terjadi sebab dia tahu apa yang terbaik untuk kita.

"He end your relationship with someone because He know something would hurt you more through the relationship"

jadi bersangka baik lah terhadap Dia.kerana Dia tak akan menduga hambanya dengan sesuatu yang kita tak mampu.Allah itu maha lembut terhadap hambanya.ya,terkadang kita rasa hidup ini terlalu sukar untuk kita
hadap.sebab Dia tak janji hidup ini akan senang.tapi Dia janji Dia akan sentiasa ada.Allah itu dekat,cuma kita yang sentiasa melupakan Dia.Allah...

setiap dugaan itu turun kerana Dia sayang pada kita,bila ujian datang kita akan sentiasa ingat padaNya,sebut namaNya.Allah tak akan biarkan kita terus lalai dan leka.Biarlah kita dibuang manusia sayang,asalkan kita masih punya Allah.


aku mengerti perasaan kamu kerana aku juga sedang bersedih seperti kamu,
ditinggalkan manusia yang tidak kenal erti setia,
luka di hati itu lebih sakit dari luka luaran,
tapi aku percaya pada penciptaku,
yang dia akan mengantikan sesuatu yang lebih baik dari apa yang aku hilang,
kerana Dia sebaik-baik penentu :)


Sabtu, 11 Julai 2015

terlalu sayang

cinta lalu yang pada harapnya akan kekal

terlalu..lalu menyayangi

tanpa setitik curiga

sangaka nya akan dibalas juga sebegitu

segala nya ternampak indah,

sedangkan dia sendiri tercari - cari di mana kebenaran nya.

silap dia terlalu mempercayai

sampai akhirnya diri sendiri yang terluka

dia lupa


manusia itu selalu berubah--ubah

rajuk


rajuk-izzue islam ft shrifah sakinah

kau coretkan lukisan hidupku
dengan warna-warna kelembutan
ku hiaskan di kamar cinta
biar menjadi tanda

kau coretkan lukisan hidupku
dengan warna-warna kerinduan
kau hiaskan di taman cinta
biar menjadi tanda

rindu yang kau tinggal kan padaku
membawa aku ke dasarnya
kau renangi dengan hilai tawamu
kau biarkan aku terlena

ku harap kau mengerti kasih
ku harap kau terima sayang
andai aku tiada lagi di sini

andai ku bukan lagi milikmu

kerana ada setia

selagi engkau membisu
.
aku berteka-teki
.
kerana ada setia
.
aku berharap jua
.
satu hari nanti
.
kau akan kembali
.
tapi aku takut
.
nanti nanti aku berubah
.
kerana diam nya kau
.

memaksa aku

merisik khabar


merisik khabar-sudirman


terkapar-kapar ku kelemasan
sakit dilambung ombak kerinduan
di dalam tidur di dalam jaga
diburu oleh mimpi yang serupa

mengapa aku jadi tidak menentu keranamu
ku menyusuri jalan berliku
membiarkan hari hari berlalu
tiada salam tiada pesan

memaksa diri untuk melupakan
namu wajahmu bermain di mata ku
tiap waktu

malam ku suram
siang ku kelam
ku kegelisahan
mencari-cari ke mana pergi
harga diri ini

bertanya kan berita
merisik khabar
mendengar cerita melaluinya
kau ku hampiri
tiap hari


bersama luka di hati....

sikit demi sikit

kau sengaja kan?
.
diam membisu
.
kerana fikir kau
.
aku akan membenci
.
kau silap
.
kerana sisa kasih yang kau tinggalkan
.
aku mati
.
sikit demi sikit
.

aku harap kau puas

sampaikan rindu

sampaikan rindu-izzue islam ft sharifah sakinah

oh bulan samapaikan rindu
oh bintang kirimkan cintaku
yang hilang pastikan bersatu
oh sayang dalam mimpimu

oh bulan sampaikan rindu
oh bintang kirimkan cintaku
yang hilang mungkinkah bersatu
oh sayang di ana dirimu

malam ini aku sendiri lagi
menanti dan terus menanti
malam ini aku sendiri lagi
usah ditangis lagi

usah dirindu lagi
pasti kita bertemu lagi
usah ditangis lagi
usah dirindu lagi
pasti kita bertemu pasti

pejamkan matamu kasih

sampai akhir

dan sampai akhir
.
aku akan tertanya-tanya
.
kenapa
.
tidak fikir hati terima atau tidak
.
cukup.
.
aku mahu dengar
.
alasan kau
.
tapi sayang.
.
kau hanya tahu membisu
.
saat ini kau bersama dia
.
dan aku
.

kau tinggalkan tanpa kata

Jumaat, 10 Julai 2015

connecting flight lebih jimat----trip ke Filipina.bahagian 3

dah siap buat passport ?
okay sekarang tibalah mase untuk tempah tiket penerbangan.
untuk aku tentulah guna perkhidmatan  air asia,sesuai dengan slogan nya "now everyone can fly", untuk student macam aku ni tersangatlah sesuai.huhuh~~

tempat yang aku nak pergi ni iaitu Davao perlukan 2 kali penerbangan ataupun orang panggil connecting flight.sebab ke Davao hanya disediakan domestic flight sahaja,jadi aku naik Cebu Pacific Airways.

Air Asia
KL-Cebu-KL

Cebu Pacific Airways
Cebu-Davao-Cebu

jumlah semua tiket penerbangan hanyalah RM700++.takdelah mahal sangat kan.student pun boleh berjalan-jalan kalau tahu caranya behehe.

flight dari KL ke Cebu dalam 4 jam dan dari Cebu ke Davao sejam je.tak sempat tido pun.masa naik Cebu Pacific Airways tu stewardess die siap buat kuiz lagi.jawab soalan pastu dapat la goodies dari diorang, and first time aku tengok stewardess yang pakaian simple je,diorang cume pakai t-shirt je.

sebenarnya ada sahaja connecting flight Air Asia terus KL-Davao tapi transitnya kat Manila Airport which is more expensive compare dengan flight yang transit kat Cebu, and lagi satu kalo amik flight asing2 macam yang aku buat ni kos tiket penerbangan korang akan lebih jimat,

tapi dinasihatkan waiting time antara flight seterusnya kene lame,at least 2 jam sebab takut ade masalah macam flight delayed ke atau ade masalah waktu kat imigresen.
Flight selalunya jarang delayed kecuali mase tu memang musim cuaca buruk.
kalo naik connecting flight tak payah risau sebab kalau flight delayed memang dia akan refund,tapi kalo buat cara macam aku ni,im case flight delayed memang burn la kire.

haa,lagi satu, aku order tiket online je. via air asia,,bayar pulak guna CIMB Mstercard..(korang punya kad debit tu ler)..setel..nanti nak check in pun online je.dia akan hantar itinery kat email korang n tinggal print kan ajer  hewhewhew~~

jadi tak payah da susah2 nak beratur check in kat airport. nanti korang sampai2 je kat airport terus check in baggage kalo ade,kalo takde terus je pegi kat gate departure, takyah kalu2 da.

lagi satu, airport kat Filipina ni toilet nye x gune air, eh mane2 toilet kat sini memang xde paip dalam tandas.kat sinki ade ler.jadi bagi yang muslim make sure bawak botol air okeyhh
Davao Aiport.gambar ni ambil mase dalam kapal terbang lagi.kualiti gambar tak memuaskan,maklumlah mase ni guna galaxy young je huhuh~~

Cebu Pacific Airways


Selasa, 7 Julai 2015

memori lalu


aku tertanya,

bahagiakah dia,

perlakukan aku sebegini,

dan seringkali aku biarkan soalan itu tergantung,

sebahagian hatiku berbisik,
ya,dia bahagia,

kerana dia bukan lagi yang dulu,
yang kau kenal,

sebahagian lagi bertanya,

kau masih tunggu dia?

cuma waktu punya jawapan.


Isnin, 6 Julai 2015

terus mencintaimu

kasi la can cik teratai  nak layan jejiwang.normal live beb...behehe

terus mencintaimu-Wanns Ahmad

biarkan aku terus mencintai kamu
mencinta seperti waktu dulu
ku rindu saat kita bersama
mengikat kasih bahagia

ku mahu tahu kau selalu di hatiku
tak mungkin ku kan ada yang baru
ku mahu engkau selalu tahu
dirimu cinta matiku

biarkan lah  saja ku terus merindu
merindu dirimu
biarkan lah saja aku
menyimpan kasih kepadamu

ku mahu engkau selalu ada di sini
menemani setiap malam ku yang sunyi
ku sedar kita tak kan mungkin bersama

biarkan saja ku terus merindu
merindu dirimu
biarkanlah saja aku menyimpan kasih kepadamu
ku mahu kau selalu ada disin
menemani setiap malam ku yang sunyi
ku sedar kita tak kan mungkin bersama

p/s: cik teratai taip lirik ni sambil nyanyi tau.sobss,kesat ayaq mata kat tepi bucu katil

buat via ke Philippine-----trip ke Filipina.bahagian 2


Untuk entri kali ni aku nak berkongsi lah sikit macammana cara nya nak buat visa untuk sape yang nak pergi ke Filipina. Nak buat visa perlulah ade passport ye.rujuk sinitrip to The Philippines.Part1

 Perkongsian aku ni berdasarkan pengalaman aku jugak lah. Korang Cuma perlukan visa ni kalau korang stay kat Filipina tu melebihi 30 hari. Kalau pergi untuk tempoh tidak melebihi  30 hari tak  perlulah visa ye~.

Cuma nanti korang akan diberi visa on arrival. Setahu aku akan diberi bila dah sampai di airport Filipina.

Visa untuk ke Filipina kena buat di Kedutaan Filipina yang terletak di ibu Negara Kuala Lumpur. Dari Kl Sentral  korang boleh lah naik LRT terus ke KLCC. 
Dah sampai ke KLCC korang keluar lah dari bangunan KLCC tu. 
Kalau google kedutaan Filipina tu memang dekat sangat dengan KLCC.
keluar je dari KLCC korang Tanya lah guard kat situ kat mana arah jalan Kia Peng. T
tak silap aku, keluar dari pintu KLCC tu korang jalan terus belah kiri okay..jalan je terus sampai jumpa Kia Peng  Residence belah kanan. Nanti belah kanan akan  ada papan tanda tulis Embassy of The Philippine. Kecik je papan tanda tu jadi kena alert lah. Sebab kedutaan tu macam kat lorong kecik,macam tersorok sikit.

Dah sampai kat kedutaan pergi lah kaunter cakap nak buat visa. Dokumen penting yang korang kene ade macam:
i)                    Passport
ii)                   Surat jemputan dari Filipina (invitation letter)
iii)                 Tiket penerbangan pergi dan balik
iv)                 Gambar passport
v)                  Salinan IC
vi)                 Dan juga duit (RM211.75)

Nanti kene isi borang lepas tu hantar kat kaunter, tunggu untuk bayar.dia akan bagi resit dan bagi tahu bila kene ambil visa tu. Aku punya visa siap dalam masa tiga hari bekerja saja.

Okay.kalau ader soklan tanyer jer la koi ~~


またね

buat passport di UTC---trip ke Filipina.bahagian 1


aku nak berkongsi cara macam mana aku buat passport. Disebab kan aku ada join program bawah uni aku,it’s a voluntary project under aiesec club.apa tu aiesec club? Macammana aku boleh join? Haa part tu nati biler koi ghajen koi citer yek  :3

untuk program volunteer ni aku pergi ke negara Filipina. Jadi syarat wajib untuk pergi oversea korang mestilah perlukan kan.

Okay pada sape2 yg nak buat passport.korang boleh lah pergi ke UTC. Mula cadang nye aku nak pergi lah ke jabatan imigresen yg dekat Putrajaya ye lah disebabkan Uni ak ni dekat serdang jadi Putrajaya adalah detinasi paling dekat. Aku pun google lah benda-benda penting yang kene bawak untuk buat passport ni. Dah siap-siap tangkap gambar passport, mahal woihh tigabelashinggit 4 keping gmbr sekali ngan soft copy.

Aku buat passport dekat UTC, sebab kat sini less crowded dan urusan korang secara automatiknya cepat. Untuk pengetahuan korang, UTC ni terletak dekat Pudu.Ha ye,Pudu tempat orang naik bas tu behehe.Korang boleh ler naik ktm ke LRT  berenti kat plaza rakyat tau,then jalan-jalan sampai kat stesen pudu tu cari lah directory board. Tengok jabatan imigresen kat tingkat berape yek,sebab aku pun dah lupe.nanti korang naik lif sampai kat aras tu, korang akan nampak die ade tulis UTC, die cam kat tempat parking keter camtu.

Masa aku sampai tu dah pukul 12 lebih jadi diorang tengah rehat.aku pergi lah jalanjalan dulu, makan lepas tu solat zuhur aku pun bergegas (hambik kau skema ayat haha) lah g UTC tu. Amik kauu panjang giler orang beratur,aku pun terus lah kan amik tempat,mase tu ade lah lebih kurang empatbelas orang haihh..

Okay bile dah masuk tu,nanti akan ader inche ni jage kat kaunter.jadi kau cakap lah nak buat passport first time nanti die akan bagi kau nombor dan kene isi satu borang kecik isi nama,tinggi dan nak buat passport untuk berape lame. 
Aku buat dua tahun RM100.
Lepas tu kau tunggu je lah no kau kene panggil.aku tunggu tak lame pun lebih kurang setengah jam cam tu lah.

Sebenarnya untuk buat passport ni tak payah tangkap gambar passport kat kedai tu,
haila… melayang tigabelasringgit 
sigh.. 
sebab kat sane nati dah ade kamera,jadi korang tgkap gmbar kat situ jek,dan lagi satu untuk yang bertudung makesure pakai tudung kaler gelap hokayy dear..nak selamat pakai je tudung hitam.

lepas dah siap prosedur tu die akan suruh tunggu untuk bayar. Tak lame pun tunggu lebih kurang lima menet jer.lepas dah bayar tu die akan suruh korang tunggu 2jam untuk ambik passport,jadi korang boleh ler jalan2 dulu makan ke,solat ke.

Okay,kalau ader tak paham tanye ler koi ~~


またね!                               

nak belajar bahasa jepun?


Sebenarnya aku pernah belajar Bahasa jepun selama lima tahun. Jadi boleh lah cakap sikitsikit. Nak kongsilah sikit ilmu ni dengan korang. Free tau behee :3 . kalau kat luar nak ambik tuisyen Bahasa asing ni memang mahal lah. Jadi, kat sini korang boleh belajar free je tau

Okay Bahasa jepun ni terbahagi kepada tiga jenis huruf iaitu:

1.       Hiragana – yg ni paling simple. Cara tulisanya lembut (nanti ak terangkan). Selalunya digunakan dalam buku kanak-kanak. Huruf hiragana ni digunakan untuk menulis perkataan yang memang asalnya dari Bahasa jepun. Contohnya: はな=hana=bunga、せいと=seito=murid、わたし=watashi=saya

Ini huruf-huruf hiragana (gigih aku taip untuk korang tau)



Ka
Sa
Ta
Na
Ha
Ma
Ya
Ra
Wa
Ng
A
I



U


E



o


Ha faham tak macam mana ak bace? Kalau tak faham jugak,,haaa kat sini aku dah sediakan jadual dalam rumi nya  =,=  (hafal tau, gigih aku nak ajr korang nih hewhew)

A
Ka
Sa
Ta
Na
Ha
Ma
Ya
Ra
Wa
Ng
I
Ki
Shi
Chi
Ni
Hi
Mi

Ri


U
Ku
Su
Tsu
Nu
Hu
Mu
Yu
Ru


E
Ke
Se
Te
Ne
He
Me

Re


O
Ko
So
To
No
Ho
Mo
Yo
Ro
o


Cara nak sebut perkataan pertama hiragana ni, haa ikut bunyi huruf pertama perkataan ni,

- Ayam            - Itik                 - Ular               -Ekor                               - Obor

Okeylah sampai sini dulu, nanti pening pulak korang. Next time kita belajar pulak huruf kedua  iaitu katakana.apa pulak katakana ni?apepun korang hafal dulu yang ni

Kalau ader soklan tanyer ler koi~~


またね               = matane= jumpa lagi