first story macam mana aku boleh patah kaki? kat sini complete femur fracture
...
masuk bulan ni dah masuk lima bulan aku patah kaki tapi takde tanda2 tulang aku bersambung langsung. huhuh...
patutnya tempoh full
recovery tulang cuma ambil mase 6 bulan je
Proses penyembuhan tulang berlaku dalam 5 peringkat:
- Inflammasi dan pembekuan darah (72 jam pertama)
- Pembentukan tulang lembut (2 hari ke 2 minggu)
- Pembentukan tulang keras.( 2-6 minggu)
- Union (sembuh sepenuhnya)-3-6 bulan
tapi tulang aku ni takmau nak sambung2 juga..risau jugak sebab semester depan dah nak masuk intern.. macam mana ni? hmm
untuk mase enam bulan ni doktor nasihatkan aku untk consume protaxos iaitu sejenis ubat untuk pesakit oesteoprosis,,mahal pulak harganya RM180 untuk sebulan,huhu... takpela, harapnye lepas makan ubat ni tulang aku ni sambung lah ye...huhuh.aku juga amalkan ayat2 quran,ye lah ayat quran tu kan penyembuh pada pengamalnya, dengan izin Allah.
kalo yang ada senasib dengan aku, jom kita amalkan ayat ni,surah al mukminun ayat 14.baca, fahami maknanya sambil tu gosok pada bahagian yang patah
ثُمَّ خَلَقْنَا النُّطْفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقْنَا الْعَلَقَةَ مُضْغَةً فَخَلَقْنَا الْمُضْغَةَ عِظَامًا فَكَسَوْنَا الْعِظَامَ لَحْمًا ثُمَّ أَنْشَأْنَاهُ خَلْقًا آخَرَ ۚ فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ
maksudnya: Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.
siapa tahu daun tembaga suasa? orang dulu percaya yang daun tembaga suasa ni mampu menyembuhkan tulang yang patah. tok aku pun ada cakap, kalau orang kampung nak ubat kaki ayam yang patah,mereka akan guna daun ni la.caranya senang je,
ambil daun tembaga suasa, layurkan dan balut pada tempat yang patah. pastikan sapu minyak sebab nak elak kan kulit jadi gatal. lagi satu jangan balut dekat luka jahitan takut infection dekat luka pulak
next appointment kalo no positive respond pade tulang peha ni untuk sambung,,then baru proceed untuk operate lagi sekali.doktor cadangkan aku buat bone grafting,ambil tulang die pelvis dan letak kat bahagian patah kat peha tu,bagi stimulate tulang tu untuk sembuh.
sebelum ni aku dah dua kali kene operate,,,first masuk besi kat betis aku untuk tarik tulang bagi lurus sebab tulang aku yang patah tu overlapped...then second opreation masuk plate besi untuk sambungkan tulang yang patah tu...huhuh
mule2 doktor nak masukkan besi tu dalam tulang aku,tapi tak jadi sebab tulang aku kecik sangat jadi end up letak besi kat bahagian tepi tulang je dan diskru pada tulang...
nk letak gambar xray macam mana dokter tu letak besi tepi tulang tapi macam segan lah pulak. so aku letak gambar google je lah ye okay tak :p
aku punya yang ade plate and screws tu.yang belah kanan tu. mula2 doc nak masuk kan besi dlm tulang mcm belahkiri tu tapi x jadi sbb tulang kecik sangat |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan