Sabtu, 10 Disember 2016

tempat yang wajib korang pergi di Jepun

sebenarnya dah lama nak buat entry ni lepas balik jepun hari tu tapi asyik bertanguh tanguh tangguh
oklah
sebelum ni aku pergi intern di Nagano, yang letaknya di Jepun,
wehhh memag excited lah sangatsangat, dah memang impian aku nak menjejajakkan kaki kat Negara Matahari Terbit nuh hahak~~
aku nak compile 3 bulan aktiviti yang aku buat kat Jepun sana memang panjang lah entry ni kan
jadinya, kat ini aku akan cadangkan sape2 nak pegi Tokyo tu,
haaa ni lah dia antara tempat2 yang patut korang pergi hokeyhh

1. Nakamise Street, Tokyo Japan


jangan lupa kay bergamba depan nakamise temple ni >.<

nakamise street ni letaknya kat nakamise temple,bila sampai kat sini korang akan nampak tanglung yang besar bapak gila ahh sangat kat depan tu. kat sini aku konfem memang murah sangat sangat okey. korang bole la nak beli keychain,sandal jepun,baju yang ada tulis jepun tu, fridge magnet,kipas jepun. kalau korang memang nak beli baju yang ada tulisan jepun tu aku serious recommend beli kat sini daripada don quijito okay sebab harga die memang banyak beza dan ternyata kat sini memang murahhhhhhhh...

2. Naritaya Halal Ramen Shop, Tokyo Japan

halal chicken karaage with soba noodle

masih lagi kat Nakamise street. okay dah penat jalan2 mesti nak makan kan. yang muslim traveler tu mesti runsing kan mana nak cari kedai makan halal.okay dah jangan pening-pening,cari je kedai kat naritaya ni dekat nakamise street ye. range harga dari 1000 yen ke 1400 yen. aku beli yang set 1000 yen punya dapat semangkuk ramen,pastu side dish ayam goreng segelas air coke. alhamdulillah kenyang :D, Dan yang pastinya, rasa sedap dan dijamin halal. kat restoran ni pun ade disediakan surau tauuu.

3.Tokyo Camii

pandangan depan Toyo Camii, takleh nak tangkap gambar penuh fram sebab tepi jalan huhu

camii ni dalam bahasa turki masjid. haa kat tokyo ni ade masjid tau,lawa sangat la masjidnya. rekaan dalam ni bercirikan Turki. lepas korang solat,boleh la singgah kat belakang masjid ni,ada jual aiskrim dan jugak kebab dan sudah pasti la halal kan.

4. Tv asahi

muke kene tutop sebab burn gila dok bertani tengah panaih huhuhu

kat sini la bole pegi tengok anime anime jepun selain kat Odaiba, sebab serius Odaiba jauh huhuhu  T_T. kat sini boleh la jumpa barang ajaib doraemon tuu,,seriusss tak tipu, tapi hargenye,alahaiii mampu tengok je uhukkk. lepas tu kat sini tiap2 tiap minggu dia akan ada event.cosplayer pun ade kat sini.


5. Tokyo Tower

gambaq jauh takpaa tak nampak muka (padahal muke penat gile sebab seharian bejalan ngan beg,backpackers la katakan

of course da datang Jepun kan mestila nak begambo dengan Tokyo Tower kan. orang kata must have picture (betul ke?) hehe. lampu kat Tokyo Tower ni die akan tukar ikut musim. Mase aku dtang ni timu summer..jadi warnanya ikut warna pelangi...nice kannn. (kawan aku penah pergi time winter, tower tu kaler gold,ohemgee cantiknyaa). dekat2 sini  pun ade kedai kebab halal tauuuu muahhahahah


6. Daio Wasabi Farm, Nagano

okay yang ni farm dekat Nagano lah bukan Tokyo ye.ni memag farm paling besar yang produce wasabi. kat sini korang boleh la rase wasabi yang fresh...sedap sangat.ade manis manis sikit :p. lepas tu boleh gak rase aiskrim wasabi, yang ni sedap..serius tak tipu. harga aiskrim ni 150yen satu. 

7. Matsumoto kiyoshi


yang ni kedai alat2 skincare.serius memang best kat sini macam syurga skincare product la. korang bole cari skincare2 jepun yag best2 tu memang ade kat sini.aku kalo dok sini memang ralit la :p tak sedar dah sejam duk ctu saja hahahahha.

8. ameyoko street, Tokyo


lebih kurang macam nakamise street jugak.. ade 100yen shop kat sini (daiso la tu). Daiso kat Malaysia barang harga rm 5 ringgit kan,haa kat jepun rm 3 ringgit je sebab 100 yen = rm3. kat sini pun ada kedai makan halal tau.kene pandai cari sebab die terselit selit sikit hahaha. tapi kat sini yang tak berapa best nye ramaiiiii sangattt orang,sampai jalan pun berhimpit2 lepas tu toilet jauhh huhu

9. Ninja village, Nagano


aku tak berapa pasti namanya tapi ni dah area Nagano la bukan Tokyo tau. yang best nye kat sini korang boleh acah2 jadi ninja okay. boleh try masuk maze rumah jepun. kitorang masuk dekat setengah jam jugak la nak cari jalan keluar. haa pastu depan ninja village ni ada temple, bole try bamboo ice cream kat situ.best tapi lepas maka gigi jadi hitam la pulak hahahah..

Isnin, 19 September 2016

epilog---cubaan menulis cerpen


epilog

واصبر علي ماا صابك
dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpa. Kalimah itu benar - benar munusuk padu 

tepat ke dalam hatinya. Surah luqman ayat 17. Benar, Allah tak penah kata hidup di dunia ini mudah,

tapi Dia pinta hambanya bersabar atas ujian yang melanda. Kan ujian itu tanda nya Dia sayang...


Biarlah dipinggir manusia,jangan dipinggir Nya. Biar ditinggal manusia tanpa kata,lebih pedih jika di

tinggalkanNya.Moga dijauhkan terjadi istidraj, Dia beri kau semua nikmat dunia,buat kau makin

 jauh darinya.Allahu,jangan kau biar aku begitu. Jika ujian ini tanda kasih sayangMu,maka ajarkan 

aku erti sebenarnya sabar.


Bunyi kokokan ayam menyentak angannya.Sekilas dipandang jam yang terpapar di skrin telefon 

bimbitnya. Jam 2.46 pagi. Ah, sudah masuk subuh rupanya. Usai bersahur tadi,dia mencuri sedikit

masa membaca kalamullah buat mengubat jiwa. Diletaknya al-quran berwarna pink itu di atas meja 

lantas menunaikan solat subuh.


Pagi ini merupakan sahur yang terakhir. Sudah 30 ramadhan. Akhir zaman,sungguh sekejap terasa 

masa berlalu. Dan seperti itu jugalah, sudah hampir dua tahun dia menetap di bumi matahari terbit 

ini. Jauh,pergi membawa diri, menyepi membawa retaknya hati kerana cinta dibalas dusta.Pedih. 



Mana mungkin ingin dikenangnya lagi kalau ianya hanya mengundang galau di jiwa. Kenangan

pahit yang terpahat dalam buku masa lalunya yang membentuk siapa dirinya hari ini. Iya,kadangnya

ujian itu buat kita tersedar. Tersedar dari mimpi yang sementara lalu bangkit,bangkit menjadi lebih

kuat dari sebelumnya.Cinta lalu yang pada kiranya dipenghujung dengan ijab dan kabul,musnah.

Seperti debu-debu yang ditiup angin,dipandang hina,tak punya harga apatah lagi dipandang. Dia 

lupa,dia hanya hamba hina yang tak punya apa langsung tiada upaya. Siapa dia untuk menetapkan

takdir hidupnya begini dan begini sedangkan Yang Mencipta lebih mengetahui apa yang terbaik 

buat penciptaanya.


Terlalu mencintai lantas apabila dibalas tak serupa yang dihajatinya,dia jatuh.tersungkur.tersembam 

di muka bumi,terpalit lumpur,tak siapa peduli. Silap dia,terlupa yang sifat manusia itu berubah-ubah,

hati yang berbolk - balik.Lalu mengapa diletak kan cinta manusia itu yang pertama sedangkan Dia

Yang Mencipta lebih berhak. Sedangkan Dia tak pernah mengecewakan hambanya.

bersambung  :)

nota: amacam? okay tak nanti ade masa,ada idea aku sambung lagi eh


Khamis, 23 Jun 2016

review tenggelamnya kapal van der wijck


lepas tengok cerita tenggelamnya kapal van der wijck karya hamka,dapat ilham mengarang😆

cerita mengenai percintaan 2 darjat antara zainuddin dan hayati.bagi aku cerita ni 5 bintang.pergh menangis2 aku tengok.lepas tengok cerita ni,member aku tanya,

"kau rasa sape kejam zainuddin ke hayati?"

aku jawab la,dua2 tak kejam pun.semuanya sebab adat dan keluarga,

"tapi laki tu merana kot.yang dia bagi surat kat zainudin tu kan kejam."

"hayati buat macam tu sebab dia taknak laki tu berharap.betul la ape die buat tu"

btw,kawan aku ni lelaki,so die lebih salahkan hayati dlm cite ni hewhew.ok takleh cite lebih2 kang movie spoiler lak pada sape yang tak tengok lagi.


moral of the story? hmm. ni lah dia

cinta bukan benci


cinta itu mengajar memberi tanpa balasan

cinta itu mengajar dalamnya erti keikhlasan

cinta itu mengajar dimana kekuatan diri yang sebenar

cinta itu mengajar tersenyum tatkala luka mengalir luka di jiwa

yang pedih itu bukan cinta,tapi diri sendiri yang terlalu mencintai


Selasa, 2 Februari 2016

done thesis... so?

4 tahun di bumi UPM untuk degree,minggu lepas dah hantar thesis, lepas ni lagi 2 minggu masuk untuk praktikal huhu,
hari ni baru nak balik, saja balik lambat teman kawan kesian pulak dia duduk sorang2 kalau aku balik nanti,
aku tak reti sangat nak tulis,tapi sekarang aku rasa nak tulis jugak, 

skroll fb tadi,ternampak ada kawan update status,
update status gambar thesis,
siap caption ala- ala acknowledgement
hurm.....

aku dah seminggu siapkan thesis,
hantar pada sv,
tapi aku tak update status fb,instagram
dengan caption acknowledgement
gambar thesis berlatarbelakangkan uni masing2..

sebab aku....
punya kawan yang sakit leukimea
sakit dia sampai dia hilang penglihatan
tak mampu teruskan pelajaran

sebab aku...
punya kawan yang sakit strok
budak pandai straight a spm,mahasiswa UTP, jpa holder
tapi tangguh semester sbb lumpuh sebelah tangan

aku cuba letak diri aku pada diri mereka
pasti mereka sedih
sedang berperang dengan penyakit dalam tubuh mereka
dan aku tak mahu mereka rasa itu..

aku punya ramai kawan,
tapi aku punya cuma beberapa sahabat
entah lah,mungkin aku terlampau introvert
tapi,
aku hargai setiap yang hadir dalam hidup aku
sungguh...

media sosial ajar kita buat diari untuk tatapan umum..heh
mungkin akan ada yang kata,
suka hati dia la nak update ape pun
timeline dia,,,ig dia
iya aku setuju
tapi tak salah kan
kalau cuba tanya diri sendiri
untuk apa aku update beguni dan begini
takut jadi riak kawan...."hei! semua aku dah siap thesis,,im a degree holder"
mungkin akan jadi ujub....hati sakit kadang2 diri sendiri tak perasan kan

cukup la acknowledgement dalam thesis tu
tak perlu copy paste dalam facebook bagai
kita usaha jaga hati insan lain
Tuhan jaga hati kita

wehh...terus jadi baik ehh  :)

Khamis, 28 Januari 2016

berita kepada kawan


Perjalanan iniTrasa sangat menyedihkanSayang engkau tak dudukDisampingku kawan

Banyak ceritaYang mestinya kau saksikanDi tanah kering bebatuan

Tubuhku terguncangDihempas batu jalananHati tergetar menatapkering rerumputan

Perjalanan ini punSeperti jadi saksiGembala kecilMenangis sedih ...

Kawan coba dengar apa jawabnyaKetika di kutanya mengapaBapak ibunya telah lama matiDitelan bencana tanah ini
Sesampainya di lautKukabarkan semuanyaKepada karang kepada ombakKepada matahari

Tetapi semua diamTetapi semua bisuTinggal aku sendiriTerpaku menatap langit

Barangkali di sanaada jawabnyaMengapa di tanahku terjadi bencana
Mungkin Tuhan mulai bosanMelihat tingkah kitaYang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa
Atau alam mulai engganBersahabat dengan kitaCoba kita bertanya padaRumput yang bergoyang

-ebiet g ade-

p/s : lagu dari seorang sahabat ,kenal mungkin sekejap tapi banyak aku belajar dari dia.in case kau jumpa post ni,aku nak cakap tima kasih deh

Rabu, 27 Januari 2016

pendam


ajarkan aku,
.
jadi jiwa tak berlagu,
.
kosong dengan karenah manusia,
.
lesu tak terdaya,
.
terkadang apa yang dirasa,
.
tak mampu diluah,
.
kalau ditayang bahagia dihina,
.
kalau diluah keccewa dikeji
.
sudahnya aku pendam

Ahad, 11 Oktober 2015

apa nak buat bila patah hati?

heartbroken?

kenapa tibe2 aku cakap pasal patah hati ini? entahlah,malam ni perasaan tu datang balik,tu lah tadi pegi gatal2 tangan tu scroll someone yang pernah jadik orang ketiga dalam perhubungan aku dulu  :'(

aku penah kapel dulu, start dari aku form 5 sampai la ke matrik sampai aku third year university, tapi perhubungan kitorang tak kekal, putus mase aku second semester third year, sedih tu memang la,6 tahun kot kitorang bencinta in fact sedih giler kot, dia siap janji ngan aku,untuk kawen after aku habis belajar. kat sini aku belajar yang lelaki memang mulut manis, betul la kan? sebab perempuan mulut longkang

kenapa putus?sebab nye dia kantoi ngan aku ade ade girl lain. yang paling sakit hati nye, girl tu sendiri yang mesej aku, suh jgn kaco diorg,,eh,eh macam aku pulak orang ketiga.aku suspect diorang dah terlanjur,sebabmye? diorang dah nikah senyap tanpa family diorg tahu......

sedih? ye memang sedih..bahkan terlampau sedih...

jadi apa aku buat? mase mula2 dapat tahu memang macam orang hilang akal aku..berhari2 aku menagis je,,dalam kelas menangis,bawak moto nak g kelas pun menangis, kau ghase?macam orang mati laki  :p.. I.m in very deep deepresion, sampaikan setiap kali aku makan, aku akan rasa nak muntah balik huhuhu

If Allah can take away something you've never expected losing, He can replace that with something you've never imagined having.

satu hari, aku terbaca ayat kat atas ni,, dan aku rase macam something different, something yang aku tak pernah rase sebelum ni,memang aku sayang sangat kat dia, tapi adakah sayang aku pada dia melebihi sayang aku pada pencipta aku? slaps on face!

Allah sometimes removes a person from your life for your own good. Don't run after them.
kadang2, even now, aku berharap dia cari aku balik.sebab aku nak tahu cerita sebenar..Tapi, girls ingat. jangan rendahkan sangat maruah tu, sedangkan Islam dah letak maruah perempuan tu tinggi,, and guys who ever read this bajet macam ade je yg bace  jangan cakap aku sombong ye, he's the one that leave me and sebab sebelum ni mmg aku ade kol die,last words die pade aku,jangan cari dia lagi,dia jahat,and tolong lupakan dia...its really hurt me in a very deep way  T_T .congrats.

لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ”.  

aku amalkan baca ayat ni selalu, Sebab ayat ni dengan izin Allah mampu beri kau, kau, kau yang patah hati seperti aku, seribu ketenangan.
moga aku,kamu dan kalian semua bertemu dengan kebahagian yang sempurna.

Ya allah jika perasaan ini salah,
maka aku pohon pertolongan Mu,
hilangkan lah perasaan ini,
kerana aku tidak berdaya tanpa pertolongan Mu